Oktober 18, 2009
Oktober 16, 2009
Apekah Perempuan Itu Melayu?
lebih kurang pukul 10.15 malam selepas balik dari uniten, teman bercadang nak ke Upten untuk berjumpa 'seseorang' tapi tak jadi sebab die dah habis makan dan nak balik ke ilmu. so, teman ingat nak g makan la. esok cadangnya nak puasa, tapi duit pulak xde dalam wallet. so, teman terus g cimb, nk kluar duit. sampai je dpn cimb tu, teman cari la tempat nak parking motor, nampak ada je ruang kosong, teman pun bg la signal nak masuk. baru je nak masuk, hek elleh ada pompuan berlenggang la plak kt sana. aduihh.tension betol. teman tgk la pompuan tu, cm laen macam je. tiba-tiba teman perasan dia pakai baju yang tertera logo di atas. apa maksud logo tu? hmmm..lalu tean pon terfikir, minah ni orang melayu ke ape ni? rupa cm melayu, gaya bahasa pon melayu, tapi pakai.......
Oktober 15, 2009
Mimpi Rasulullah S.A.W
Renungan Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam sebelum aku di Israqkan..."
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah selamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah SWT.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minumhingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukannya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"
Jangan Menilai Orang Berdasarkan Keadaan Luarannya.
KISAH TAULADAN DARI IMAM SYAFIE
Dengan pakaian yang selekeh dan rambut yang panjang, imam Syafie pergi berjumpa dengan pendandan lelaki. Bila pendandan itu melihat keadaan imam Syafie (yg kelihatan seperti orang tiada berharta), dia berkata:
"Pergi cari pendandan lain."
Imam Syafie pun geram melihat keadaan pendandan tersebut dan bertanya kepada budak suruhan yang bersamanya:
"Berapa wang belanja yang kau ada."
Budak suruhannya menjawab:
"10 dinar (wang emas)."
Imam syafie berkata:
"Berikan wang itu kepada lelaki pendandan tadi."
Budak itu pun memberikan 10 dinar itu kepada pendandan dan imam Syafie pun pulang sambil mendendangkan syair:
علي ثياب لويباع جميعها
بفلس لكان الفلس منهن أكثر
Aku memakai pakaian-pakaian yang mana kalau dijual semuanya dengan satu fulus (duit tembaga), pasti satu fulus lebih tinggi nilainya.
وفيهن نفس لويقاس بمثلها
نفوس الورى كانت أجل وأخطر
Dalam pakaian itu terdapat satu jiwa (Iaitu Imam Syafie) yang mana jika dibandingkan dengan manusia-manusia lain pastilah jiwa itu lebih agung dan lebih hebat.
Disini imam Syafie menyatakan bahwa pakaiannya adalah amat murah sekali tetapi nilai ilmu dan takwa yang ada ditubuhnya tidak ternilai harganya.
KISAH DARI RASULULLAH SAW
Baginda Rasulullah saw telah menceritakan kepada kita sebuah kisah berikut:
"Ketika mana seorang bayi sedang menyusu susu ibunya, tiba-tiba lalu seorang lelaki yang menunggang kenderaan yang mewah dan penampilan yang hebat. Si ibu berdoa "Ya Allah jadikanlah anakku ini seperti lelaki ini." Lalu bayi tersebut meninggalkan puting susu ibunya dan melihat ke arah lelaki tersebut, seraya berkata " Ya Allah jangan jadikan aku sepertinya." Kemudian itu menghadap kembali puting susu ibunnya dan meneruskan menyusu. Kemudian lalu sekumpulan manusia yang memukul seorang hamba wanita sambil berkata " Engkau berzina , engkau mencuri." Perempuan itu hanya berkata حسبي الله ونعم الوكيل . Si ibu yang sedang menyusukan anaknya berkata "Ya Allah jangan jadikan anakku seumpamanya." Bayi itu sekali lagi meninggalkan puting susu ibnunya dan melihat ke arah perempuan itu , seraya berkata "Ya Allah jadikanlah aku seumpama perempuan itu."
Kemudian berlaku perbincangan diantara siibu dan sianak yang masih bayi. Si ibu berkata "Tadi apabila lalu seorang lelaki yang elok penampilannya, aku pun berkata "Jadikan anakku seumpamanya." Engkau pula berkata "Ya Allah jangan jadikan aku seperti lelaki ini." Bila manusia memukul seorang wanita sambil berkata "Engkau berzina , engkau mencuri." Aku pun berdoa " Ya Allah jangan jadikan anakku seumpamanya." Namun engkau berdoa "Ya Allah jadikan aku sepertinya." Kenapa engkau menyalahi doaku?"
Si anak menjawab:
"Sesungguhnya lelaki itu sebenarnya adalah seorang samseng, lalu aku berdoa "Ya Allah jangan jadikan aku sepertinya." Adapun perempuan ini yang dilemparkan kepadanya tuduhan "Engkau berzina, engkau mencuri."Sedangkan dia tidak melakukan semua itu. Oleh itu aku berdoa "Ya Allah jadikan aku sepertinya (bebas dari melakukan maksiat)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim - sahih)
Pengajaran Hadis
Hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa kita tidak boleh menilai seseorang melalui first impression.
KESIMPULAN
Oleh itu kita jangan mudah untuk melabel dan menghukum seseorang. Untuk kita berperasangka buruk pun dilarang, inikanlah kita melafazkannya. Sangka buruk adalah satu amalan hati. Ia adalah satu kesalahan. Firman Allah swt:
ياأيها الذين آمنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم
"Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jauhkan dari kebanyakan sangkaan buruk. Sesungguhnya sebahgiannya adalah dosa." (12 : al-Hujurat)
Ini sekiranya di dalam hati sudah dikira sebagai berdosa, kalau kita melafazkannya jadilah pembohongan yg sangat besar (buhtan) . Buhtan ini yg orang melayu sebut fitnah. Padahal fitnah ini bermaksud cubaan dalam bahasa arab. Sabda Nabi saw:
وإن لم يكن فيه فقد بهته
"Sekiranya tuduhan itu tidak betul maka kamu telah melakukan buhtan kepadanya." (Hr Muslim - sahih)
Buhtan ini adalah أشد الكذب : Pembohongan yang bersangatan.
Oleh itu Islam telah menyarankan kita untuk merisik atau menyelidik dari sumber yang betul bagi mengenal seseorang. Kalau tidak pasti janganlah mudah menghukum seseorang. Janganlah mudah itu mempercayai khabar-khabar yang tidak ada bukti yang diterima Islam.
