Ogos 31, 2009

Rehlah Masyi di Putrajaya..

(berita bertulis)

Apa itu rehlah masyi?


Rehlah berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud rekreasi. Pada kebiasaanya, kita selalu mendengar tentang perkataan rehlah kerana ia diguna secara meluas di negara ini. Akan tetapi, apa pula yang dimaksudkan oleh rehlah masyi? Sebetulnya inilah kali pertama teman mendengar tentang perkataan ini. Setelah melakukan beberapa penyelidikan menerusi beberapa sumber, rehlah masyi bermaksud rehlah berjalan kaki. Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, rehlah masyi memerlukan peserta untuk berjalan kaki dari satu destinasi (bukan destinasimu.blogspot.com) ke satu destinasi yang lain dengan jarak yang telah ditetapkan sambil menghayati keindahan alam. Di dalam 10 peribadi muslim yang telah dipelajari di dalam Mukhayyam PEMBINA di Kuala Linggi, Melaka yang lepas, antaranya menyatakan bahawa kuat tubuh badan. Sebagai seorang muslim, kita perlulah kuat tubuh badan. Untuk kuat tubuh badan, tidak semestinya pergi ke gym. Dengan melakukan aktiviti riadah pun boleh meguatkan tubuh badan. Kepentingan untuk kuat tubuh badan ialah menyenangkan kita untuk melakukan ibadah (ibadah yang soheh) kepada Allah S.W.T. selain itu, rehlah juga berperanan mengeratkan hubungan ukhuwwah sama ahli.


Apa yang telah kami buat?


Liqa’ di bawah kendalian Akhi Majid Jantan (MJ) juga tidak terlepas dari melakukan rehlah masyi. Apa yang menariknya ialah relah masyi ini dilakukan pada waktu pagi di bulan ramadhan. Jarak untuk berjalan kaki yang telah ditetapkan ialah sejauh 5 kilometer. Jadi kami mengambil inisiatif untuk berjalan dari Masjid Putra ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin @ Masjid Besi. Kedua-duanya berada di wilayah Putrajaya. Rehlah masyi ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Ini telah melepasi tempoh waktu yang dijangkakan. Pada jangkaan awal, kami akan menyelesaikan tugasan ini jam 10.00pagi – 10.30pagi. akan tetapi disebabkan semangat yang berkobar-kobar ditambah lagi dengan cuaca yang redup@mendung dan sesat di bawah jambatan lagi, maka ia pun berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Antara ahli liqa’ akhi MJ yang terlibat ialah Adli, Nazmie, Hakim, Shakur, Afizhi dan MJ sendiri. Menurut tentative asal, rehlah masyi sepatutnya bermula jam 8.00pagi, tetapi kerana cuaca hujan, maka tentative terpaksa dilewatkan. Perjalanan jauh kami (bukan perjalananjauh.wordpress.com) bermula di perkarangan Masjid Putra ke Masjid Besi melalui bangunan-bangunan kerajaan seperti Perbendaharaan Negara, MDEC dan sebagainya. Setibanya di Masjid Besi, kami tidak melepaskan peluang untuk solat tahyatul masjid dan solat dhuha. Setelah selesai, kami berpatah balik ke Masjid Putra, tetapi melalui jalan di tepi tasik. Sambil melihat ketenangan air, rasa haus dan penat berjalan berkurangan sedikit. Akan tetapi jalan tersebut terputus di tempat letak bot dan kami memilih untuk meneruskan sehingga kami semakin jauh dari Masjid Putra. Lalu kami memilih untuk berpatah balik dan meneruskan jalan ke Taman Bunga Raya. Selepas kembali ke pangkal jalan, kami meneruskan perjalanan ke Masjid Putra. Oleh kerana waktu menghampiri zohor, maka kami memilih untuk solat dahulu kemudia bersurai.


Apa yang dibincangkan semasa rehlah musyi?


Kami telah diminta untuk membaca satu kisah sirah mengenai perang Badar al-Kubra. Semasa berhenti di setiap 1 kilometer. Pengisian pertama telah diisi oleh Shakur yang bercerita tentang permulaan perang dan kisah-kisah sebelum perang. Semasa di Masjid Besi, pengisian kedua dibentang oleh Afizhi dan pegisian ketiga dilengkapi oleh Nazmie yang bercerita tentang tawanan perang. Penutup kepada kisah ini diambil oleh Adli dan Hakim. Antara kesimpulan yang kami dapati daripada kisah perang Badar al-Kubra ialah:

  1. Strategi perang yang diambil oleh sahabat Rasulullah S.A.W. intipatinya ialah setiap gerak kerja yang hendak kita lakukan memerlukan strategi yang mantap. Tanpa strategi, gerak kerja tersebut akan hancur.
  2. Pertanyaan sahabat tentang startegi perang dan pandangan mereka. Intipati di sini ialah, sebagai orang bawahan, kita perlu berani untuk menegur pemimpin terutamanya apabila pemimpin membuat salah. Hendak dinyatakan di sini ialah bukannya strategi yang diberi oleh Rasulullah itu salah, tetapi dirasakan strategi sahabat adalah lebih baik.
  3. Mandi sebelum tidur jikalau anda berasa rimas. Kerana ubat mengantuk adalah tidur dan mandi untuk menyegarkan badan.

(sepatutnya ada 7 kesimpulan, tetapi teman lupa.) 

3 komen:

bro ed berkata...

penat sihh jalan 6 kilometer waktu puasa plak tu.

p3perak berkata...

salam ramadhan...

exercise la skit bulan2 puasa cmni..
nice blog..

salam ukhuwah, salam ziarah..

bro ed berkata...

terima kasih kerana sudi singgah.