
Maksud Pergaulan.
Istilah pergaulan atau dalam bahasa Arabnya 'ikhtilat' yang membawa maksud pergaulan atau percampuran antara wanita dan lelaki adalah terminologi yang baru diperkenalkan dalam Islam. Istilah pergaulan atau percampuran atau Ikhtilat adalah membawa konotasi dan makna yang tidak sesuai dengan Islam. Istilah yang tepat ialah Liqa' (pertemuan) atau musyarakah (penyertaan) di antara lelaki danamp; wanita. pergaulan sepatutnya ditakrif sebagai batas pertemuan atau penyertaan antara lelaki dan wanita. Di dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini, terdapat 3 kategori/senario pergaulan yang dihadapi oleh umat Islam, umat Nabi Muhammad S.A.W. Yang pertama, pergaulan aliran barat/sekular. Aliran ini mahukan wanita dan lelaki bercampur-gaul semaksima mungkin. Yang keduanya, pergaulan aliran ketimuran yang dicanang oleh Islam. Aliran ini mempunyai tafsiran tersendiri bagaimana seharusnya batas pergaulan antara jantina. Yang terakhir, pergaulan aliran kejumudan. Aliran ini di mana dalam banyak masyarakat Islam abad ini, wanitanya terpenjara dan dinafikan hak-hak mereka yang sudah dijelaskan dalam al Qur'an. Ketiga-tiga pandangan ini adalah pandangan yang sudah pasti mempunyai banyak kelemahan dan mendatangkan banyak masalah kepada umat Islam.
Sebenarnya dalam Islam tidak ada istilah "pergaulan bebas", sebab secara fitrah manusia memiliki keharusan untuk bergaul dalam interaksi sosial yang merupakan sunah sosial dan kehidupan itu sendiri. Namun setelah masuknya budaya asing ke dalam pergaulan masyarakat muslim yang dibentuk oleh kecenderungan material semata-mata dan falsafah hidup yang lahir dari bumi dan hawa nafsu, maka Islam menamakannya sebagai pergaulan bebas, bebas dari tuntunan wahyu, moral dan fitrah.
Etika Pergaulan Dalam Islam.
“ Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah Al Hujurat <49>:13).
Pergaulan adalah salah satu cara seseorang untuk berinteraksi dengan alam persekitarannya. Bergaul dengan orang lain menjadi satu keperluan yang sangat basic, bahkan boleh dikatakan wajib bagi setiap manusia yang “masih hidup” di dunia ini. Sungguh menjadi sesuatu yang aneh atau bahkan sangat pelik, jika ada orang yang mampu hidup sendiri. Kerana memang begitulah fitrah manusia. Manusia memerlukan kehadiran orang lain dalam kehidupannya. Tidak ada mahluk yang diciptakan sama seratus peratus di dunia ini. Semuanya diciptakan Allah berbeza-beza. Meskipun ada persamaan, akan tetapi tetap semuanya berbeza. Begitulah halnya dengan manusia. Lima billion lebih manusia di dunia ini memiliki ciri, sifat, karakter dan bentuk khas. Kerana perbezaan itulah, maka sangat perlu sewaktu dalam bergaul sesama manusia akan terjadi banyak perbezaan sifat, karekter, mahupun tingkah laku. Allah mencipatakan kita dengan segala perbezaannya sebagai satu tanda wujudnya keagungan dan kekuasaan-Nya.
Maka dari itu, janganlah perbezaan menjadi penghalang kita untuk bergaul atau berinteraksi dengan persekitaran kita. Anggaplah itu merupakan perkara yang perlu, sehingga kita dapat menyikapi perbezaan tersebut dengan sikap yang wajar dan adil. Kerana boleh jadi sesuatu yang tadinya kecil, tetapi kerana salah mentafsir, akan menjadi perkara yang besar. Itulah perbezaan. Tidak ada yang dapat membezakan kita dengan orang lain, melainkan ketakwaannya kepada Allah SWT. Untuk itu, ada beberapa perkara yang perlu kita kembangkan agar pergaulan kita dengan sesama muslim menjadi sesuatu yang indah sehingga mewujudkan ukhuwah islamiyah. Tiga kunci utama untuk mewujudkannya ialah ta’aruf, tafahum, dan takaful. Inilah tiga kunci utama yang harus kita lakukan dalam pergaulan.
Ta’aruf. Apa akan jadi ketika seseorang itu tidak mengenal orang lain? Adakah mereka akan saling menyapa? Adakah mereka akan saling menolong, membantu, atau memperhatikan? Atau adakah ukhuwah islamiyah akan terjalin? Begitulah, ternyata ta’aruf atau saling mengenal menjadi suatu yang wajib ketika kita akan melangkah keluar untuk berinteraksi dengan orang lain. Dengan ta’aruf kita dapat membezakan sifat, kesukuan, agama, kegemaran, karakter, dan semua ciri khas yang ada pada diri seseorang.
Tafahum. Memahami, merupakan langkah kedua yang harus kita lakukan ketika kita bergaul dengan orang lain. Setelah kita mengenal seseorang pastikan kita tahu juga semua yang mereka sukai dan yang mereka benci. Inilah bahagian penting dalam pergaulan. Dengan memahami kita dapat menilai dan memilih siapa yang harus menjadi teman bergaul kita dan siapa yang harus kita jauhi, kerana mungkin sifatnya jahat. Sebabnya, agama kita akan ditentukan oleh agama teman rapat kita. Masih ingat ,”Bergaul dengan orang soleh ibarat bergaul dengan penjual minyak wangi, yang selalu memberi aroma yang harum setiap kita bersamanya. Sedangkan bergaul dengan yang jahat ibarat bergaul dengan tukang besi yang akan memberikan bau asap besi ketika kita bersamanya”. Tak dapat tidak, ketika kita bergaul bersama dengan orang-orang soleh, akan sedikit sebanyak membawa kita menuju kepada kesolehan. Dan begitu juga sebaliknya, ketika kita bergaul dengan orang yang akhlaknya buruk, pasti akan membawa kepada keburukan perilaku ( akhlakul majmumah ).
Takaful. Setelah mengenal dan memahami, rasanya ada yang kurang jika belum wujud sikap takaful (saling menolong) di dalam diri kita. Kerana itulah, sesungguhnya yang akan mewujudkan rasa cinta pada diri seseorang kepada kita. Bahkan Islam sangat menganjurkan kepada umatnya untuk saling menolong dalam kebaikan dan takwa. Rasullullah S.A.W telah mengatakan bahawa bukan termasuk dalam umatnya orang yang tidak peduli dengan urusan umat Islam yang lain.
Konsep Pergaulan Anjuran Islam.
Jika kita berbicara masalah pergaulan pada era globalisasi saat dan ketika ini memang sangat rumit. Dalam erti yang lain, kita hidup dengan manusia yang mempunyai prinsip dan pandangan hidup yang berbeza, bahkan masyarakat di kota-kota besar dapat dikatakan memiliki kecenderungan hidup bebas. Terkadang dengan kondisi seperti itu, kita menghadapi sebuah dilema bagaimana menempatkan diri dalam dunia pergaulan agar kita sebagai muslim dapat diterima oleh lingkungan, tetapi dalam waktu yang sama keyakinan atau syariat Islam pun tetap terjaga. Sebetulnya, kaedah yang paling tepat dalam pergaulan, khususnya dengan lawan jenis (berbeza jantina) adalah pandai-pandai menempatkan diri dan menjaga hati (bergantung kepada penilaian iman dalam situasi berkenaan). Usahakanlah untuk mengerti situasi bila kita harus serius dan bila harus santai, "think before you act" sangatlah penting. Meskipun demikian, menjaga etika pergaulan seperti menundukkan pandangan adalah sangat dianjurkan (wajib hukumnya, dalam erti kata, tidak melihat dengan syahwat). Namun inti dari ajaran ini adalah bagaimana kita menjaga kebersihan dan kesucian hati. Istilahnya, untuk apa kita menundukkan pandangan atau menghindar dari pertemuan dengan lawan jenis jika hati tidak kita tundukkan? Firman Allah:
“Dia (Allah) Mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati”. (Surah Ghoffar:19).
Semua bergantung pada niat kita. Contohnya, dalam suasana kerja atau organisasi di mana kita dituntut untuk berinteraksi dengan orang ramai, baik laki-laki ataupun wanita, kita tentu saja diperbolehkan mengadakan kontak dengan lawan jenis (berbeza jantina, lelaki dengan perempuan). Pada prinsipnya, jika maksud kita untuk kebaikan dan batasan-batasan syariat tetap dijaga, semuanya dibolehkan dalam Islam. Islam tidaklah pernah bertujuan untuk mempersulitkan sesuatu, tapi justeru mempermudahkan hidup kita. Segala yang disyariatkan sudah barang tentu demi kebaikan umat manusia.
Sumber:
http://islam.my.tripod.com/Mypage/bergaul.htm
http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/143
http://id.shvoong.com/humanities/1775913-etika-pergaulan-menurut-islam/
0 komen:
Catat Ulasan