Negara Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1963 telah menguar-uarkan kepada dunia luar bahawa Malaysia mengamalkan prinsip demokrasi berparlimen. Ini dibuktikan melalui proses pilihan raya bagi memilih pemimpin yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat. Pilihan raya ini juga merupakan jalan bagi memilih pemimpin negara yang akan memacu negara ke arah negara yang membangun. Istilah demokrasi begitu sinonim dengan suara rakyat, yang mana suara majoriti akan dipilih. Puas hati atau tidak, itulah demokrasi. Namun demokrasi sekarang ini seolah-olah mati. Suara majority diketepikan. Suara minority pula diangkat-angkat,dijulang-julang. Kesannya, timbullah soal ketidak puasan hati pihak majority. Bila suara majority tidak diendahkan, maka demokrasi bertukar kepada demonstrasi. Demonstrasi aman boleh bertukar kepada huru-hara dan hukumannya ialah ISA. Demonstrasi sebenarnya ada baik dan buruknya. Bila suara sudah tidak didengari walaupun menggunakan saluran yang betul, maka cara untuk mendapatkan perhatian ialah melalui demonstrasi. Demonstrasi boleh berlaku dengan aman sekiranya pihak tertentu tidak ghairah mengarahkan anggotanya membuat onar. Malangnya, pihak yang rasa tergugat akan bertindak di luar kewarasan bagi menyekat suara tersebut didengari oleh orang awam.
Baru-baru ini Malaysia dikejutkan oleh satu insiden yang amat memalukan iaitu perebutan kuasa antara Dr. Zambri (down, down Israel, rise, rise Palestine) dan Dr. Ir Nizaruddin bagi mendapatkan status menteri besar perak yang sah. Apa yang boleh dikatakan ialah perebutan kuasa tersebut tidak ubah seperti dua orang kanak-kanak berebut aiskrim. Apa yang dikesali ialah tindakan pihak berkuasa yang tidak mahu menggunakan pilihan raya sebagai jalan penyelesaian kepada kemelut ini. Mereka seboleh-bolehnya cuba untuk menutup ruang kepada pilihan raya. Rakyat yang dulunya beria-ia mahu melihat agenda pemerintah baru, sekarang ini sudah mual, jemu dengan tindakan kebudak-budakan pihak yang takut kepada bayang-bayang sendiri. Yang menjadi mangsanya ialah rakyat Perak. Ekonomi negara yang berada dalam keadaan tidak stabil lagi memeningkan kepala mereka.
0 komen:
Catat Ulasan