Mac 04, 2009

Ragam Manusia..

Setiap manusia pasti akan menghadapi pergelutan jiwa yang dahsyat semata-mata untuk menentukan adakah manusia itu akan hidup sebaai manusia yang mengikut fitrahnya atau menjadi binatang bertopengkan manusia. Itulah peperangan antara rayuan dan seruan agama (Islam).
Antara kebnaran dan kebatilan
Manusia mempunyai tabiat yang bermacam-macam ragam.
  • Manusia laksana labah-labah

Labah-labah adalah spesies binatang yang menetap di merata-rata tempat sama ada di rumah, hutan, belukar, mahupun ceruk-ceruk kota. Labah-labah berjalan terhuyung-hayang memandangkan struktur anggota badannya yang kurang stabil (berbadan besar tetapi berkaki halus). Walaupun begitu, labah-labah seakan mempunyai prinsip hidup yang kanaah, hidup yang hanya bermodalkan air liur. Labah-labah bijak membuat jaring dengan hanya menggunakan air liurnya. Jalinan jaringnya halus dan lembut. Jaring dipasang di tempat-tempat mangsanya biasa lalu. Setelah itu, labah-labah hanya menunggu mangsanya tersangkut di jaringnya itu. Setelah ada mangsa yang tersangkut di jaring, maka labah-labah sekali lagi akan melilit mangsanya dengan air liur. Badan mangsa tersebut dililit dengan kemas kecuali ubun-ubunnya. Selepas itu, labah-labah tadi akan menghisap otak si mangsa.

Jika manusia bersifat seperti ini, mulutnya manis tetapi hatinya beracun, niat buruk iktikad salah, maka orang yang mendekatinya akan menjadi bangkai. Sifat seperti ini harus dilupuskan di dalam diri manusia.

  • Manusia laksana lalat

Ada perbezaan antara lalat hijau dan lalat biasa. Lalat hijau gemar hinggap di tempat kotor, najis, dan bangkai. Begitulah sifat lalat hijau yang suka kepada perkara buruk dan menyebarkan keburukkan di mana sahaja. Begitu juga dengan lalat biasa. Ia juga menyebarkan penyakit yang berbahaya. Manusia yang memiliki sifat seperti ini akan membawa kerosakkan ke dalam masyarakat. Oleh itu, sifat lalat harus dibuang dalam diri manusia. 

  • Manusia laksana serigala

Anjing kampung boleh dibuat kawan walaupun rupanya hodoh dan salakannya kuat, namun ia boleh dijadikan pengawal untuk menjaga kebun atau sebagainya. Anjing ini akan menyalak dan mengejar orang yang mencerobohi kawasannya. Cuma kebodohannya adalah tidak amanah. Jika penceroboh itu membaling roti atau daging atau burger ke arahnya, ia akan berhenti menyalak dan berhenti mengejar penceroboh tadi. Anjing adalah binatang yang tidak setia kepada tuannya. Serigala pula tidak boleh dibuat kawan kerana sifatnya yang mementingkan diri sendiri. Walaupun memburu mangsanya dengan berpasukan, setelah mangsanya tewas, ia akan berebut mangsanya sesama sendiri. Mereka meratah mangsanya sambil bercakaran sesama sendiri. Serigala mempunyai sedikit kelebihan iaitu tidak menghiraukan mangsa lain selepas kekenyangan. Serigala suka hidup dalam kumpulan. Ia tinggal di tepi hutan. Apabila dihampiri, ia akan lari ke dalam hutan kerana menyangka manusia akan menangkapnya. Setelah difikirkan selamat, ia akan keluar dari tempat persembunyiannya.

  • Manusia laksana kuda

Kuda adalah binatang ternak. Dagingnya boleh dimakan. Tidak kurang juga yang menjadikan kuda untuk tugas mengangkat barang serta ditunggangi. Setiap pagi kuda diberi sarapan dua tiga batang jagung. Tugasnya perlu dijalankan dari pagi hingga matahari terbenam. Bagi kuda, bukit curam tetap dilaluinya, hujan panas bukan alasan, mulut berbuih tidak dipedulikan orang, perut lapar tetap ditahan, sekali sekala sempat meragut rumput di tepi jalan. Setelah petang, barulah kuda itu berehat, dimandikan dan digosok-gosok serta diberi makan. Sepanjang masa membanting tulang, imbuhan yang diterima tidak lebih daripada sekadar makanan.

Berbeza dengan kuda belang, pantang sukar didekati kerana kaki belakang akan menyepak dan kepala akan menanduk. Kuda belang ada kelemahanya, jika diberi umpan rumput hijau, ia menyerbunya. Tidak ada lagi yang boleh menghalangnya. Ibarat manusia, rambut sama hitam, hati lain-lain. 

  • Manusia laksana rama-rama

Rama-rama berwarna-warni, semuanya cantik dipandang mata. Rama-rama berasal dari kepompong, kemudian bersayap lalu terbang. Rama-rama biasanya terbang secara berkumpulan mencari pokok yang mengeluarkan bunga dan sari debunga. Kebanyakkan sari debunga diperoleh dari pokok yang berduri. Jika tersangkut, patahlah sayapnya, bertebaranlah bulunya, jatuh dan mati. Rama-rama tidak berbisa, tetapi mempunyai racun yang berupa habuk pada badannya. Rama-rama suka berterbangan diwaktu malam mencari debunga. Sebab itu dipanggil kupu-kupu malam. Kecantikan yang ada pada rama-rama akan pudar akhirnya. Masa yang menentukan.

  • Manusia laksana ular cantik manis

Ada manusia yang berpewatakan laksana ular cantik manis. Ular cantik manis menjadi daya tarikan setiap orang yang melihatnya. Akan tetapi, awas! Jika tidak kena pada gayanya, maut menanti. Akibat kecantikan ular ini, teringin sekali sekala hendak memegangnya. Tidak salah membelai ular ini asalkan ada makanan di tangan. Jika tiada makanan di tangan, jangan sesekali membelainya kerana ia akan membelit dan mematuk.

0 komen: