Mac 30, 2009

Perokok Lebih Hina Daripada Lembu

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, umat Islam yang cuba menonjolkan keislaman mereka melalui pakaian jubah dan ketayap tetapi menghisap rokok adalah lebih hina daripada lembu.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, amalan menghisap rokok dikeji serta diharamkan oleh agama dan doktor kerana ia memudaratkan kesihatan.

"Contohnya, lembu yang berak di tengah jalan tidak boleh diambil tindakan undang-undang kerana tidak mempunyai otak dan fikiran. Tetapi manusia yang mempunyai otak sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi agama dan kesihatan, apatah lagi dalam keadaan berpakaian melambangkan Islam (kopiah atau berjubah).

"Maka, mereka yang melakukan perbuatan (menghisap rokok) itu dianggap lebih hina daripada lembu," katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, ada antara umat Islam yang mencuri-curi menghisap rokok di serambi masjid sambil bersembang sementara menunaikan solat.

Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghentikan amalan yang dianggap jijik dan tidak berdisiplin itu.

Komen:
Teman sejak dulu lagi teman pelik dengan sikap segelintir umat Islam yang mengabaikan kesihatan ni. Orang kata pakaian tu melambangkan jati diri, tapi bila pakai jubah berkopiah pulak tu, tapi hisap rokok, yang tu macam mana? Biasanya jati diri orang Islam ni baik. Menurut perintah agama. Pernah sekali teman terserempak dengan seorang pendakwah/penggerak di Uniten (kumpulan terpaksa dicensorkan). Dia ajak teman makan sekali. Sambil makan, dia bercerita tentang kisah Nabi S.A.W. Katanya kalau boleh dilihat, setiap lorong tu penuh dengan tapak kaki Nabi S.A.W. Jadi, kita di Malaysia pun kena la buat begitu. Yang teman tak berapa berkenan dengan mamat ni, lepas makan tu terus hisap rokok. Depan teman pulak tu. Teman sempat jugak tegur, rokok tu membahayakan kesihatan. Dia kata dah tabiat, susah nak berhenti. Aduih.
AMARAN KERAJAAN : MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN

2 komen:

Tanpa Nama berkata...

pergh...sedap gile isap rokok.nikmat yg teramat sgt...lu bley r ckp bhy la ape la itu la ini sbb lu xisap rokok.cuba lu try isap,perghh,wa gerenti mmg tip top ah rase die...nikmat tu beb...kalau u nk ckp bhy isap rokok, naik kereta pown bhy gak, minum teh tarik pown bhy gak, asal lu x ltak je sign ni:

AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA: MENAIKI KENDERAAN MEMBAHAYAKAN NYAWA ANDA...

so, asal x band je naik kereta..xpon letak signboard besa2 kat kereta tu...asal eh??

org lebih ramai mati dan cacat naik kereta dr org mati sbb isap rokok..

wa bukan nk kutuk sape2, in fact, ape yg Nik Aziz ckp tu mmg btul sgt sbb wa pon x stuju pakai jubah n ckp pasal agama tp isap rokok..

so, wa ckp sama lu,isap la rokok, you bley bg negara byk sgt duit tau...kalau xde org isap rokok, kerajaan xdenye nk byk duit..

berterima kasih lah kepada penghisap rokok...so, lu bile lg nk stat isap rokok???try r...sumpah,best gile siot!!!

Tanpa Nama berkata...

tunggu hari kiamat.