Sewaktu teman melayari internet dan memasuki web friendster (friendster teman), teman sempat membaca sebuah artikel yang diposkan di laman buletin oleh seorang kawan teman sewaktu di alam sekolah menengah. Artikelnya agak menarik dan sehingga kini teman masih lagi berfikir mencari jawapan sebenar kepada persoalan yang diajukan mengenai artikel tersebut.
salam semua...
tujuan email ni adalah untuk memberi penjelasan mengenai boikot KFC. banyak orang dah tanya pada saya mengenai KFC.dan ada juga yang sms kata "baik ko berenti keja ngan KFC.ko dok bunuh orang palestin"... .dah banyak sms yang saya dapat...daripada kawan2 sekolah, universiti dan segenap lapisan masyarakat.
akan tetapi, setelah KFC menjadi anak syarikat Johor Corporation, pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US . ini adalah usaha yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang mempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga, dibawah KFC Holdings (M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu :
Kedai Ayamas
RasaMas Restaurant
Ayamas Food Corporation Sdn Bhd
Region Food Industries (Sos life)
bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC)
tenaga kerja untuk semua syarikat ini adalah majoriti melayu islam.oleh itu, bayangkan lah jika masyarakat memboikot KFC apa akan terjadi kepada orang islam malaysia?oleh itu fikir2 kan lah apa yang saya katakan ini. diharap dapat memberi penjelasan kepada sahabat2 dan sesiapa sahaja.sama- sama kita membangunkan ekonomi orang islam.inilah dinamakan Jihad Bisnes.
Muhamad Ammar Abdullah
KFC Holdings (M) Bhd
03-20263388 ext 282
012-5678443
BUKAN KE DENGAN MEMBAYAR YURAN PENGGUNAAN NAMA JUGA SAMA DENGAN MENYUMBANG KEPADA ISRAEL?????
CONFIUS..........
2 komen:
Kalau pendapat aku la, makan je yg makanan berkhasiat dan diyakini halal.kedai2 melayu byk je kn.berenti la mkn fast food ni.bukan berkhasiat sgt pn kan.minyak byk, kolesterol pn tinggi.kalo was2 kot2 ada wang yg jatuh ke tangan org kafir, bek la elakkan. sbb nnt duit yg kita gunakan akan ditanya ke mana je duit 2.na'uzubillah.arapnya xde yg jatuh ke tangan org2 kafir yg mmg nak menjatuhkan Islam.
tu la..benda khilaf ni elok dijauhi.
Catat Ulasan