Semenjak kes perubahan kerajaan perak sekaran gini, kepala teman terasa pening. Pening memikirkan akan hal politik zaman ini. Teman duhulunya kurang berminat pasal politik tanah air, tetapi semenjak PRU-13, teman asyik mengikuti perkembangan politik semasa. Dalam waktu yang sama, teman juga tidak melupakan situasi genting yang berlaku di Gaza sekarang ini. Sekarang ini kecoh pasal derhaka. Kenapa boleh berlaku keadaan sebegini? Inilah kuasa politik. Terus terang teman katakana pemimpin sekarang ini lebih suka mementingkan diri sendiri berbanding rakyat jelata. Jadi, tidak mustahillah sekiranya para pemimpin lebih mementing survival politik mereka sehingga adanya sanggup menjatuhkan rakan-rakan sendiri. Dalam Islam, pemimpin yang dipilih oleh rakyat seharusnya mempunyai rasa tanggung jawab terhadap amanah yang dipegangnya. Mereka sepatutnya sanggup berkorban apa saja demi memastikan rakyat hidup aman dan sentosa. Keadaan sebegitu amat jarang kita lihat pada zaman ini. Mungkin kebarangkalian ini, mereka sanggup memfitnah sesiapa saja asalkan kedudukan mereka tidak diganggu. Mungkin atas dasar itu jugalah, derhaka diperkenalkan kepada kerajaan lama Perak. Apabila perkataan derhaka digunakan bermakna keadaan di Perak semacam tidak stabil, bila-bila masa saja huru-hara akan berlaku.Pada pandangan teman, perkataan derhaka tidak patut digunapakai kerana derhaka akan berlaku apabila sesuatu pihak telah membuat keputusan dengan adil setelah diselidiki dan pihak yang satu lagi cuba merosakkan keputusan tersebut. (ini adalah pandangan peribadi). Masalah yang berlaku di Perak sekarang ini ialah tindakan Sultan dianggap tidak wajar kerana Sultan tidak mempunyai hak untuk melucutkan jawatan Menteri Besar dan Sultan hanya mendengar hujah daripada sebelah pihak sahaja. Oleh itu, tindakan Menteri Besar Kedah defend dirinya adalah betul mengikut undang-undang Perak dan tidak wajar sama sekali dianggap sebagai penderhaka. Peristiwa seperti ini pernah berlaku kira-kira 35 tahun dahulu sewaktu MB Perak pada waktu itu dipegang oleh Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi.
Apa yang berlaku ke atas Ir Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza. Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah (foto) sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi Menteri Besar buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah. Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi Menteri Besar. Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, ialah Presiden UMNO.” Gara-gara keengganan Ghazali itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambangnya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi Menteri Besar. Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya. Ghazali berhenti menjadi Menteri Besar Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.
Jadi teman mengajak teman-teman di luar sana untuk sama-sama melihat kembali rasionalnya menggunakan perkataan derhaka dalam meneruskan survival politik seseorang itu. Jadi hal ini berterusan, maka keputusan pilihan raya ke 13 nanti pasti akan mengejutkan semua pihak. Kerana yang akan menentukan hala tuju negara selepas ini ialah orang muda yang majoritinya mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi yang mampu menilai pilihan caloncalon yang bakal bertanding pada PRU13 nanti.
0 komen:
Catat Ulasan