
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah. Namun keduanya itupun sama memperoleh kebaikan”. [Riwayat Imam Muslim]
Kekuatan ataupun quwwah adalah esensi bagi setiap mukmin. Lebih-lebih lagi bagi yang memahami bahawa tugasan menyebarluaskan cahaya Islam ini memerlukan kepada mukmin yang kuat lagi sihat tubuh badannya. Keimanan kepada hadith ini menjadi penggalak kepada kami Sahabat Al-Quran untuk menganjurkan Mukhayyam Sahabat Edisi Satu. Mukhayyam diambil daripada kosa kata Arab yang bermaksud perkhemahan. Mukhayyam ini juga diadakan rentetan daripada program Jawlah Sahabat anjuran Sahabat Al-Quran (7-10 November 200 yang lalu. Jika Jawlah objektifnya ‘kesatuan’, maka Mukhayyam pula matlamatnya ‘kekuatan’.
- Objektif
1.1 Melatih ahli M-Team mengendalikan program SAQ berskala sederhana sebelum SAQ mengendalikan program-program berskala besar
1.2 Mencetus semangat dan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dan membina kekuatan jasad
1.3 Memupuk semangat berpasukan di kalangan ahli Sahabat Al-Quran
1.4 Menyegarkan kembali tentang peranan dan objektif Sahabat Al-Quran dan ahli-ahlinya
1.5 Menyedarkan kepada ahli SAQ tentang peri penting umat Islam bersatu dalam menghadapi musibah di Palestin
1.6 Menikmati keindahan alam ciptaan Allah S.W.T.
0 komen:
Catat Ulasan