Suatu pagi, aku sedang bersiar-siar di tepi pantai yang memutih. Suansana pagi pada waktu itu sungguh mententeramkan jiwa dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. “Ah, sungguh lapang hati ini. Alangkah nikmatnya ciptaan Ilahi.” Detik hati ini. Aku memadang ke langit yang biru, kelihatan burung-burung berterbangan . sekali lagi hati aku terdetik “alangkah bagusnya kalau aku menjadi seekor burung yang bebas berterbangan ke sana-sini tanpa perlu memikirkan masalah dunia. Tapi bagaimana pula sekiranya aku ditangkap dan dihumban ke dalam penjara sangkar. Sudah tentu aku tidak lagi bebas. Setiap kejadian pasti ada hikmahnya.” Pagi itu akan terasa hendak berada lama di sana, untuk menatap keindahan alam yang tiada tolok bandingnya. Baru semalam naqibku mengingatkan kami supaya sentiasa merenung setiap kejadian di bumi ini supaya kita sedar betapa kerdilnya kita di sisiNya. Itulah yang aku cuba praktikkan. Memang betul. Setiap kali aku memikirkan kejadian alam ini, hati aku terasa lapang, tenang dan hiba tentang kebesaran Sang Pencipta.
“Ya Allah, Kau ampunkanlah segala dosa-dosa aku yang telah aku lakukan selama ini dalam keadaan aku sedar mahupun dalam keadaan aku tidak sedar. Aku pohon kepadaMu ya Allah. Aku hanya makhluk kerdil yang tiada apa-apa kelebihan di sisiMu. Ampunkanlah dosa-dosaku dan juga dosa kedua orang tua ku serta umat Islam ini.” Hatiku berdoa. Setelah puas bermain di gigi air, aku mencari batu besar untuk dijadikan tempat merehatkan badan sambil menghirup udara segar pantai tersebut. Dengan izin Allah, terdapat satu batu yang tidak jauh dari deretan kedai makan yang tadinya terdapat sepasang kekasih yang sedang berdua-duanya di atas batu tersebut, kini meninggalkan batu itu untuk ke tepi pantai. “Huh, masyarakat sekarang sudah tidak takut lagi. Depan orang ramai pun boleh berdua-duanya.” Tapi aku selaku makhluk yang dipilih untuk memuliakan Islam tidak mampu menengur maksiat yang berlaku, hanya mampu membenci sahaja. Inilah yang disebut dalam hadis bahawa selemah-lemah iman ialah orang yang mampu mencengah dengan hati. Aku akui aku bukan seberani Saidina Umar Al-Khattab yang berani menentang kejahilan dan mendapat pujian daripada para malaikat di arash sana.
Di dalam hati ini “alangkah bagusnya kalau semua orang di muka bumi ini faham tentang ajaran Islam yang sebenarnya. Sudah tentu takde masalah social.” Aku bersegera menuju ke batu sebut sebelum ia dirampas orang lain. Aku menyilang kaki untuk mendapatkan posisi yang selesa. Aku melihat kanak-kanak sedang berkejaran dengan riangnya di tepi gigi air. Sekali-sekala terdengar suara daripada ibu bapa menyuruh kanak-kanak tadi berhenti berlari takut-takut ditarik air ke tengah laut. Tapi apakan daya, nama pun kanak-kanak. Bila dah jumpa tempat yang dia suka, takkan dihiraukan larangan tersebut. Kelihatan juga beberapa orang dewasa yang hanya berseluar pendek paras lutut sedang leka bermain jet ski. Tak ketinggalan juga beberapa orang wanita berstatus anak dara, pada tanggapan aku sedang bersorak di tepi pantai bila melihat kekasihnya menunjukkan skill bermain jet ski ala pro walhal pada dasarnya skill mereka itu tidak lebih daripada seorang pemain jet ski amatur. Aku tersenyum sendirian melihat gelagat anak-anak muda tersebut.
Tiba-tiba pulak aku merasakan perut ini berkeroncong meminta supaya dihulurkan makanan. Aku melihat jam. Ya Allah baru pukul 11.00 pagi. “La..patutla waktu ni waktu breakfast aku. Memang patut la ia berbunyi. “ Aku segera ke kedai berhampiran untuk menjamu makanan.
(bersambung...)
Disember 27, 2008
Disember 26, 2008
15 Perkara Yang Menjadi Penyebab Turunnya Bala..
Ali bin Abi Thalib r.a, meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bahawa beliau bersabda; “Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:
1.Apabila (Maghnam) harta milik umum atau negara hanya berkisar di kalangan elit tertentu
2.Apabila (aset) amanah dijadikan sebagai habuan diri (ghanimah)
3.Zakat dianggap sebagai beban hutang (diperniagakan)
4.(Kehendak) suami dikuasai oleh kehendak isteri (Queen Control)
5.Anak menderhakai ibunya
6.Tapi ia berbaik-baik (patuh) dengan (kehendak) kawannya
7.Ayahnya (pula) disingkir jauh
8.Rioh rendah dan kecoh di dalam masjid (atas sebab dunia)
9.Yang menjadi ketua sesuatu bangsa adalah orang yang fasiq (jahat dan derhaka kepada Allah)
10.Seseorang dimuliakan kerana (hendak menghindari) kejahatannya
11.Arak menjadi minuman lumrah
12.Sutera menjadi pakaian (golongan lelaki)
13.Golongan artis (biduan) disanjung-sanjung
14.Manakala muzik menjadi budaya pujaan
15.Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat dan Ulama)
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah (radioaktif dan gas beracun?) atau gempa bumi, tanah jerlus, manusia bertukar sifat (menjadi binatang) ..Dalam hadith riwayat Abu Hurairah mengenai hal ini terdapat tambahan seperti berikut…”dan (Qazafan) tembakan, lontaran (bom?) serta tanda-tanda lain yang datang secara berturut-turut bagaikan butir manik yang terputus benangnya dan jatuh bertubi-tubi satu lepas satu”.
(Hadith riwayat Tirmizi)
1.Apabila (Maghnam) harta milik umum atau negara hanya berkisar di kalangan elit tertentu
2.Apabila (aset) amanah dijadikan sebagai habuan diri (ghanimah)
3.Zakat dianggap sebagai beban hutang (diperniagakan)
4.(Kehendak) suami dikuasai oleh kehendak isteri (Queen Control)
5.Anak menderhakai ibunya
6.Tapi ia berbaik-baik (patuh) dengan (kehendak) kawannya
7.Ayahnya (pula) disingkir jauh
8.Rioh rendah dan kecoh di dalam masjid (atas sebab dunia)
9.Yang menjadi ketua sesuatu bangsa adalah orang yang fasiq (jahat dan derhaka kepada Allah)
10.Seseorang dimuliakan kerana (hendak menghindari) kejahatannya
11.Arak menjadi minuman lumrah
12.Sutera menjadi pakaian (golongan lelaki)
13.Golongan artis (biduan) disanjung-sanjung
14.Manakala muzik menjadi budaya pujaan
15.Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat dan Ulama)
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah (radioaktif dan gas beracun?) atau gempa bumi, tanah jerlus, manusia bertukar sifat (menjadi binatang) ..Dalam hadith riwayat Abu Hurairah mengenai hal ini terdapat tambahan seperti berikut…”dan (Qazafan) tembakan, lontaran (bom?) serta tanda-tanda lain yang datang secara berturut-turut bagaikan butir manik yang terputus benangnya dan jatuh bertubi-tubi satu lepas satu”.
(Hadith riwayat Tirmizi)
Disember 25, 2008
Lirik lagu tsunami oleh jali bunga tanjung
tanggal 26.12.2004
air mato raso beline
ingat peristiwo dasyat
bencano ale gegaran sunggoh kuat
tsunami doh date
semua hok tuhe buat
bencana bumi melanda samudra
hok tuhe jd pado manusio
namo diberi tsunami berbisa
ramanyo mati seluroh negaro
kejadie tuhe tidak djangka
airnyo pase skelip mato
bayoknyo hile harto bendo
sehelai sepinge hidup tersikso
beribu2 jd terkorbe
teraso pilu mato memande
ayoh de ibu anok tersayang ile
begitu dibawok gelombe
ramanyo ile meninggal keluargo
belas kasihe xberair mato
kejadie ale suggoh bahayo
sampa skrang tidok ake lupo
mari bersatu kito doake
biar berlalu dale ingatan
apo yg perlu kito salur ke
samo mambantu memberi sumbange
air mato raso beline
ingat peristiwo dasyat
bencano ale gegaran sunggoh kuat
tsunami doh date
semua hok tuhe buat
bencana bumi melanda samudra
hok tuhe jd pado manusio
namo diberi tsunami berbisa
ramanyo mati seluroh negaro
kejadie tuhe tidak djangka
airnyo pase skelip mato
bayoknyo hile harto bendo
sehelai sepinge hidup tersikso
beribu2 jd terkorbe
teraso pilu mato memande
ayoh de ibu anok tersayang ile
begitu dibawok gelombe
ramanyo ile meninggal keluargo
belas kasihe xberair mato
kejadie ale suggoh bahayo
sampa skrang tidok ake lupo
mari bersatu kito doake
biar berlalu dale ingatan
apo yg perlu kito salur ke
samo mambantu memberi sumbange
Satu peringatan kepada mereka yang mengaku Islam (zahir dan batin)..
Hari ini merupakan 25 Disember 2008. Teman rasa semua orang tahu akan perihal hari tersebut. Yalah 25 tu kan cuti. Teman sebagai pelajar ni lagi la gembira kerana hari ini kelas cuti. Tapi teman rasa teman-teman kat luar sana lagi la tahu ada apa dengan 25/12 dan kenapa pada tarikh tersebut cuti. 25 tu kan hari raya krismas. Orang sibuk cuti, kita pun sibuk cuti. Ntah apa-apa la. Tapi sebenarnya kan, teman ni bukan lah nak wish selamat hari krismas, tetapi teman nak sampaikan satu berita penting maksud tersirat yang terkandung dalam kata-kata selamat hari krismas tu. Risalah ni teman dapat daripada blog member teman ($ay Pool) dan teman terpanggil untuk menyebarkan risalah ini. Di sini teman copy risalah tersebut dan paste kan di blog teman:
Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya.
Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH).
Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)?
Jadi teman berharap agar risalah ini dapat disebarkan kepada umum melalui apa cara sekali pun. Semoga umat Islam kita pada hari ini lebih atau bertambah matang setelah melalui pelbagai ujian dan rintangan dalam menegakkan kalimah Allah. Jadilah seperti orang kafir yang bersatu dalam menentang Islam walaupun pada dasarnya mereka tidak sehaluan.
Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya.
Jika anda ucap Gong Xi Fa Chai, maksudnya Selamat Tahu Baru Cina (WALLAHUALAM). Happy Deepavali Selamat Menyambut Pesta Cahaya (WALLAHUALAM), tetapi maksud Selamat Hari Nata.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya adalah Sejahtera Keatas Tuhan Yesus (NAUZUBILLAH).
Dengan perkataan sahaja kita boleh rosak akidah, yakni murtad. Kita umat Islam beriman LAILAHAILLALLAH yakni TIADA TUHAN DISEMBAH SELAIN ALLAH, jadi ucap Sejahtera Keatas Tuhan Yesus untuk apa (NAUZUBILLAH)?
Jadi teman berharap agar risalah ini dapat disebarkan kepada umum melalui apa cara sekali pun. Semoga umat Islam kita pada hari ini lebih atau bertambah matang setelah melalui pelbagai ujian dan rintangan dalam menegakkan kalimah Allah. Jadilah seperti orang kafir yang bersatu dalam menentang Islam walaupun pada dasarnya mereka tidak sehaluan.
Disember 21, 2008
Pantun aurat wanita..

Teman dah lupa mana teman cedok artikel ni, kalau tidak salah teman, teman cedoknya dalam majalah UJANG. Masa teman search artikel kat dalam laptop acer teman ni, teman terjumpa artikel ni, jadi teman rasa teman ingin berkongsi dengan teman-teman di luar sana yang belum membaca pantun ini. Semoga ia dapat menjadi ikhtibar kepada teman-teman di luar sana yang tergolong dalam kategori hawa. Pantunnya berbunyi:
Baju nipis nampak bayang,
Peha gebu saja ditayang,
Lebih baik tak pakai baju senang,
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang.
Baju ketat seluar sendat,
Pakai tudung just ikat-ikat,
Dari mula memang bukan adat,
Disudut agama pun gaya tak berkat.
Tudung jarang baju nipis,
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’,
Mata orang terbeliak, kita membengis,
Bila kena kutuk, kenapa menangis.
Lengan pendek blaus gantung,
Jeans ketat melekat dipunggung,
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung,
Agama tak suruh berbungkus macam pocong.
Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah,
Kalau takat rambut orang kurang ghairah,
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah,
Mata yang memandang boleh keluar darah.
Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah
Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung
Dah kalau mula minat nak bertudung,
Cubalah sesuaikan apa yang disarung,
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’,
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung.
Bertudung itu bukan satu paksaan,
Ianya lebih kepada keinsafan,
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan,
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan,
Asal menutup aurat itu tuntutan,
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan,
Yang ye nya hati tak berkenan,
Tu yang berjela-jela mencipta alasan.
Menutup aurat satu syariat,
Kepada agama kita taat,
Hidup berkat pahala berlipat-lipat,
Didunia selamat, di akhirat hebat.
Bila putih dipinggirkan, hitam mula menjalar..aduhai bangsaku..

Setelah beberapa hari teman tidak berkesempatan dalam menulis artikel untuk ruangan ini kerana kesibukan untuk menguruskan kelab baru (kelab lama yang diberi nafas baru), akhirnya teman berkesempatan untuk menulis kembali idea teman untuk dikongsi bersama. Semenjak dua menjak ni, tentu ramai di antara teman-teman di luar sana yang perasan di media-media sekarang ini sibuk dengan permaslahan bahasa ibunda kita. Itulah sebabnya mengapa teman memberi tajuk tersebut "bila putih dipinngirkan, hitam mula menjalar". Pada kebiasaannya, putih akan ditujukan kepada perkara-perkara yang baik manakala hitam cenderung kepada perkara yang buruk. Teman rasa bahasa ibunda kita ni adalah antara bahasa yang terbaik di dunia, kalau tidak masakan bahasa melayu menjadi bahasa popular di dunia.
Tapi sekarang ni, teman ramai orang melayu sendiri pun dah malas nak menonjolkan bahasa sendiri. Apa dah jadi? Bukan ke bahasa itu jiwa bangsa? Bahasa melambangkan bangsa? Kadang-kadang, bila teman memikirkan nasib orang melayu ni, teman rasa sedih. Teman ni tak mampu nak bertindak kerana teman hanya rakyat biasa yang tidak berjawatan. Ada pemimpin pun, tak boleh nak mengharap. Sekarang ni, pengajian dalam sains dan matematik dalam bahasa inggeris tetap diteruskan walaupun mendapat banyak tentangan daripada rakyat jelata. Tapi apa kan daya, suara rakyat tidak sampai ke telinga pemerintah. Teman paling sedih bila memikirkan nasib adik-adik teman yang akan belajar subjek sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Dah la dalam bahasa melayu pun susah nak faham, inikan pula dalam bahasa inggeris. Ada professor yang meramalkan dalam tempoh 15 ke 20 tahun akan datang, pengguna bahasa melayu sebagai bahasa ilmu akan lenyap sama sekali. Teman sekali lagi terfikir, mesti masa tu penguasaan bahasa inggeris rakyat malaysia kan mantap dan kita boleh menghantar ramai angkasawan ke ISS.
Apa yang tak kena dengan bahasa melayu sehingga diperlakukan sebegitu rupa? Mungkinkah kerana ramai oleh melayu yang tidak berjaya dalam pelajaran mengakibatkan mereka turut gagal dalam hidup akibat mempelajari subjek kritikal dalam bahasa melayu? Sungguh menyedihkan. Teman dulu belajar sains dan metematik dalam bahasa melayu takde masalah pun. Siap boleh ajar teman-teman yang lain kalau diminta, tetapi sekiranya teman berada dalam posisi adik-daik teman, teman akan tolak sebab teman ni memang tak mahir dalam menguasai bahasa inggeris apatah lagi istilah-istilah yang tak biasa teman dengar. Sehubungan dengan itu, teman amat mengharapkan agar bahsa melayu dapat dimartabatkan kembali sebagai bahasa ilmu yang dapat melahirkan ramai manusia-manusia yang berperangai sebagai seorang manusia yang berilmu.
Disember 19, 2008
Disember 16, 2008
Blog baru sahabat al quran Uniten..

Setelah beberapa dirancang, maka akhirnya Sahabat Al Quran Uniten berjaya menubuhkan satu blog khas untuk tatapan para sahabat sekalian. InsyaALLAH, blog ini akan sentiasa diupdate bagi memudahkan para pelajar Uniten melihat aktiviti yang dianjurkan oleh SAQ bagi semester ini selaras dengan kehendak TNC Alumni dan Hal Ehwal Pelajar Uniten, Dato' Prof. Ghazali Abod yang mahukan SAQ sebagai kelab yang aktif membimbing para pelajar Uniten ke arah yang lebih baik.
Disember 14, 2008
Pesan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz...

Teman baru saja dapat email ni daripada seorang kenalan teman di UNITEN. Bila teman baca isinya, hati teman berasa berdebar-debar bercampur dengan perasaan takut. Di sini teman 'copy' email tersebut. Semoga kita semua menilainya sejauh mana sistem Islam digunapakai dalam negara kita. Sama-samalah kita renunginya:
Nauzubillah.
Tolong sebarkan kawan2 ku.....
Pesan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz
Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu.... Antara yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan sebagainya.
Tahukah kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa ' segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram...ciri-cirinya menyerupai berhala...dan melawatnya juga adalah haram..
Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2 boleh dikenakan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan!
Tetapi sayang2.. pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu... Setelah berbincang.. Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu... Maka pihak atasan telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja... tiada tindakan undang2 yang boleh diambil...
Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik... Beliau berkata... ' bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarah pun dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu...' dan kata beliau lagi...' walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha' atau tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik...'
Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini ialah nama negeri perlis iaitu perlis indera kayangan... ' Menurut kamus dewan indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan bermaksud tempat di mana tuhan2 bersemayam maka makna sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam.. '
Menurut beliau... Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik. Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara..Tahukah kawan2 bahawa Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawa mana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2 hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah.
Kata beliau seterusnya..Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...
1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan
membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.
2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.
3. Mereka yang berdiam diri.
4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM
HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM)
Dengan ini lepas lah tanggungjawab aku. Tolong sebarkan email ni pada semua umat Islam.
Kalau nak beli AL-QURAN yang dicetak dalam edisi baru. Hati-hatilah kerana ada 4 surah palsu ciptaan KAFIR laknatullah. Surah-surah itu adalah :
1) AL-IMAN
2) AL-WASAYA
3 ) AL-TAJASU
4) DANAL-MUSLIMOON
Jangan sesekali layari laman web ! www.thequran.com (Father Zakaria )
kerana segala isinya adalah palsu. Sebarkan email ini kepada umat Islam
seramai yang mungkin!!!
Sebarkan jika anda sayangkan ISLAM....
Disember 13, 2008
Di Atas Runtuhan Banglo Bukit Antarabangsa, Kita Bina Banglo Baru...

Semasa qiam di pejabat malam semalam, teman terfikir akan tajuk sajak yang pernah dipopularkan oleh Tun Dr Mahathir yang berbunyi "Di Atas Runtuhan Kota Melaka, Kita Dirikan Putrajaya". Jadi teman pun terfikir sejenak sehingga teman terlena di tepi dinding pejabat akan perihal yang kecoh satu Malaysia akan hal tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Kejadian tersebut yang meragut 4 nyawa itu berlaku pada beberapa minggu yang lalu pada awal pagi. Teman terfikir apa yang berlaku sebenarnya ni? Menurut ahli agama, ini merupakan ujian atau bala yang diturunkan oleh Allah disebabkan umat Islam yang semakin lalai akan suruhannya. Bagi orang yang bergelar engineer pulak, tanah runtuh ini berlaku disebabkan aktiviti pembangunan yang dilakukan di lereng bukit yang boleh menyebabkan berlakunya gelinciran tanah apabila hujan turun. Bagi teman, dua-dua kenyataan ini ada benarnya. Allah menurunkan satu peringatan yang jelas kepada umat manusia bahawa walau secanggih mana pun teknologi yang digunapakai, ia tidak mampu melawan takdir Allah. Manusia semakin sehari semakin lalai akan akhirat, manusia lebih mementingkan hal dunia dan apabila wang ringgit menjadi ukuran pada era ini, maka manusia dengan rakusnya merosakkan alam demi memenuhi impian mereka. Jika manusia mengimani apa yang dijelaskan dalam al Quran bahawa bumi ini akan dirosakkan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri, maka manusia akan berwaspada dalam melakukan aktiviti pembanguna di bumi milik Allah ini. Terfikirkan kita menagapa kejadian ini berlaku pada jam 4.00 pagi? Bila teman berbincang dengan seorang roommate teman, beliau terus menunjukkan ayat ke 16 surah Al Mulk yang berbunyi:
"sudah merasa amankah, kamu bahawa Dia yang di langit tidak akan membuat kamu ditelan bumi ketika tiba-tiba ia bergoncang?"
Peringatan yang diturunkan oleh Allah kepada hambaNya dilakukan ketika manusia semua berada dalam keadaan yang tidak sedar. Dalam kes ini, tanah runtuh itu berlaku ketika penduduk semua sedang lena dibuai mimpi. Teman bukanlah hendak menghukum teman-teman di sana kerana hanya Allah saja yang layak menghukum hambaNya, tetapi teman selaku rakyat yang mahu melihat Islam itu kembali ditegakkan oleh khalifah-khalifah di muka bumi ini mahu teman-teman peka akan maksud tersirat yang turunkan oleh Allah. Dalam pada kita sibuk 'mengabdikan' diri kepada harta dunia yang bakal kita tinggalkan kelak selepas kita dibawa 'mengembara' ke alam barzakh kelak, apa la salahnya kita mencari keredhaanNya dengan memikirkan setiap kejadianNya.
Teman rasa telah banyak peringatan-peringatan yang diturunkan oleh Allah termasuklah kejadi Highland Tower, Tsunami, tanah runtuh dan sebagainya, namun manusia tetap alpa.
Disember 11, 2008
takwim masehi 2009 (untuk sahabat al quran)..
InsyaALLAH kalendar taqwim masehi ini akan diedarkan kepada sahabat-sahabat sekalian selepas AGM nanti. Itupun sekiranya budjet diberi. Teman sendiri yang membuatnya. Kalendar ini akan diselitkan sekali dengan aktiviti SAQ untuk tahun ini, 2009 setelah peralihan kuasa berlaku. Dikhabarkan AGM akan berlangsung pada bulan Januari ini di hadapan pelajar-pelajar yang mengambil subjek Islamic Studies.
Disember 08, 2008
Betapa susahnya melapah daging korban..
Hari ini teman berkesempatan untuk menyaksikan lembu disembelih oleh penduduk seksyen 4 bangi. Teman saja je ke sana, nak meninjau-ninjau ibadah korban yang dijalankan oleh penduduk di sini. Lagipun Mak kepada Hakim ada membeli sebahagian daripada seekor lembu di sana. Harga lembu tersebut RM2200, lembu kurus tapi begitu agresif bila nak ditumbangkan. Kata Ustaz Mat Isa (pengerusi surau Al-Amirin seksyen 4) lembu tersebut dalam keadaan stress kerana dah menyaksikan 5 ekor kawannya disembelih di depan matanya.
Setelah lembu tersebut ditumbangkan, maka tugas teman selaku pelapah daging pun bermula. Mungkin inilah hikmahnya teman tidak dapat beraya dikampung. Kalau di kampung, teman memang tak akan buat kerja melapah daging ni. Teman biasanya duduk kat rumah tengok tv je. Lepas daging siap diagih, barulah teman bekerja. Tu pun kerja mengangkut daging untuk dibawa pulang ke rumah. Berbalik kepada kisah teman tadi, teman dibantu oleh adik kepada saudara Hakim, Syamil namanya. Disebabkan hujan, maka kerja-kerja melapah terpaksalah dibuat di bawah garaj kereta. Jadi, teman yang dibantu oleh Syamil terpaksa memegang kaki lembu bagi memberi ruang kepada kerja membuang kulit lembu tersebut. Nampak je kurus lembu tu, tetapi berat dia..fuhh. Letih seluruh badan, tambah lagi terpaksa membongkok.
Bergilir-gilir teman buat kerja ni dengan Syamil. Bila dah penat, terpaksa la teman bagi kat pak cik-pak cik yang expert dalam bidang ni. Teman dan Syamil hanya jadi pemerhati je lepas tu. Baru je nak rehat, ada pulak sorang pak cik mintak tolong potong tulang rusuk lembunya. Teman bagi kat hakim je la. Tapi part yang potong batang pinang tu, teman ambil ailh. Selesai semua, teman dan Syamil pun mengangkut daging tersebut ke dalam kereta untuk dibawa pulang.
Teman sampai di rumah bila nak masuk waktu zohor. Lepas solat zohor, semua tertidur akibat kepenatan. Hassan yang dari pagi tadi sibuk dengan gamenya pun tertidur.
Setelah lembu tersebut ditumbangkan, maka tugas teman selaku pelapah daging pun bermula. Mungkin inilah hikmahnya teman tidak dapat beraya dikampung. Kalau di kampung, teman memang tak akan buat kerja melapah daging ni. Teman biasanya duduk kat rumah tengok tv je. Lepas daging siap diagih, barulah teman bekerja. Tu pun kerja mengangkut daging untuk dibawa pulang ke rumah. Berbalik kepada kisah teman tadi, teman dibantu oleh adik kepada saudara Hakim, Syamil namanya. Disebabkan hujan, maka kerja-kerja melapah terpaksalah dibuat di bawah garaj kereta. Jadi, teman yang dibantu oleh Syamil terpaksa memegang kaki lembu bagi memberi ruang kepada kerja membuang kulit lembu tersebut. Nampak je kurus lembu tu, tetapi berat dia..fuhh. Letih seluruh badan, tambah lagi terpaksa membongkok.
Bergilir-gilir teman buat kerja ni dengan Syamil. Bila dah penat, terpaksa la teman bagi kat pak cik-pak cik yang expert dalam bidang ni. Teman dan Syamil hanya jadi pemerhati je lepas tu. Baru je nak rehat, ada pulak sorang pak cik mintak tolong potong tulang rusuk lembunya. Teman bagi kat hakim je la. Tapi part yang potong batang pinang tu, teman ambil ailh. Selesai semua, teman dan Syamil pun mengangkut daging tersebut ke dalam kereta untuk dibawa pulang.
Teman sampai di rumah bila nak masuk waktu zohor. Lepas solat zohor, semua tertidur akibat kepenatan. Hassan yang dari pagi tadi sibuk dengan gamenya pun tertidur.
Disember 07, 2008
Raya Haji di tempat orang..
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA teman ucapkan kepada semua kaum muslim di seluruh negara. Tahun ini merupakan tahun kedua teman menyambut hari raya aidiladha di tempat orang. Kali pertama pada tahun lepas, teman menyambutnya di rumah kawan teman, Afizhi di Bahau, Negeri Sembilan. Alasannya, kerana pada masa tersebut tiket bas untuk balik ke kelantan sudah habis dijual. Jadi, nak tak nak, terpaksa jugalah teman beraya di tempat orang. Kali ini pulak, teman baraya di Bangi, rumah sewa teman. Di sini teman menyambut hari raya bersama dengan keluarga Hakim beserta saudara-maranya. Rasa segan la pulak. Kali ini, alasan teman kerana cuti terlalu singkat. Cuti hanya untuk hari isnin sahaja. Maka tak dapatlah teman beraya bersama keluarga. Raya kali ini, teman dapat banyak tawaran untuk beraya di rumah kawan-kawan yang serumah dengan teman. Oleh kerana aktiviti pembelajaran bermula pada hari selasa, maka teman terpaksa tolak tawaran tersebut termasuklah tawaran pulang ke Kelantan bersama kawan, Shakur.
Rindu? Siapa kata teman tak rindu dengan keluarga teman? Sedih ni tau. Patutnya teman tak perlu ambil lab hari selasa tu. Itulah gatal lagi tangan ni nak add lab. Kalau tak add lab, teman boleh balik dengan Shakur dan datang selasa malam tu. Sedih betul. Harapnya tahun depan, raya dalam cuti la. Teman teringin nak beraya bersama keluarga.
Rindu? Siapa kata teman tak rindu dengan keluarga teman? Sedih ni tau. Patutnya teman tak perlu ambil lab hari selasa tu. Itulah gatal lagi tangan ni nak add lab. Kalau tak add lab, teman boleh balik dengan Shakur dan datang selasa malam tu. Sedih betul. Harapnya tahun depan, raya dalam cuti la. Teman teringin nak beraya bersama keluarga.
Disember 03, 2008
Langgan:
Catatan (Atom)


