April 21, 2011

10 Amalan Popular Tapi Songsang

Pernahkan kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan seharian. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.

Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.

Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?



2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan diberi jamuan, kita rasa segan nak makan, malu-malu kucing kononnya malu dan beradab, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. Perangai tinggal makanan tak habis dah jadi budaya orang kita.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? (Ini mesti ada tujuan lain!!!).

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak memperhambakan diri padaNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah, kain hamis berbau. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.

Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

April 20, 2011

Mutiara Kata

Seorang hakim yang perlu mempunyai kemampuan, iaitu mendengar dengan rasa hormat, menjawap dengan kebijaksanaan dan mempertimbangkan dengan cermat serta memutuskan dengan adil.

Orang yang berjiwa besar adalah orang yang mempunyai kewibawaan tetapi tidak sombong sedangkan orang yang berjiwa kecil adalah orang yang sombong, tetapi tidak mempunyai kewibawaan. Ciri-ciri orang yang berjiwa besar ialah pertama, dengan segala tingkah lakunya dia menjadi teladan dan kemudian dia meminta orang lain mengikutinya.

Tidak ada kemenangan sekiranya tiada kekuatan, tiada kekuatan sekiranya tiada persatuan, tiada persatuan sekira- nya tiada keutamaan dan tiada keutamaan sekiranya tiada kesuciaan jiwa. Orang yang berjiwa luhur, tidak takut menghadapi tanggungjawap. Perkara yang merugikan menimpa jiwa adalah lenyapnya kepercayaan kepada Tuhan.

Sabda Nabi yang diriwayatkan daripada Anas bermaksud: “Tidak lurus iman seseorang hamba hingga (lurus dulu) hatinya.” Iman yang mantap akan menggerakkan kepada amal kebaikan dan sebaliknya.

April 12, 2011

Apa Dah Jadi Ni???

Tak sampai seminggu kita meraikan kemenangan bergaya 6-0, malam ni kita tewas kepada pasukan jiran 4-0. Angka 4 tu bukan kecik, tapi besar bagi peminat. Harapan peminat sangat-sangat la besar untuk melihat pasukan kita berada di atas liga. Melihat kepada komen-komen di chat box, peminat kurang gembira dengan persembahan di barisan pertahan yang mudah melepaskan pasukan tuan rumah ke kawasan kita. Penjaga gol yang kian meningkat naik pun sekarang ni tidak lagi konsisten persembahannya. Mungkin ada baiknya kalau-kalau Tan Sri Annuar Musa merehatkan beberapa pemain ternama dan penjaga gol digantikan dengan penjaga gol dahulu, Halim Napi atau penjaga gol ketiga.

Kami peminat mengharapkan sesuatu daripada pasukan kita. Untuk membina pasukan, memang mengambil masa lama, tetapi untuk menghancurkan pasukan, tak perlu lama. Inilah bola sepak. Jangan hampakan sokongan peminat. Ambo malas nok kato gapo-gapo. Kecewa teramat sangat.

April 09, 2011

Kedudukan Terbaru Liga Super


Selepas mengalami kekalahan 4-3 kepada T-Team, TRW bangkit menang bergaya ke atas Felda United 6-0. Semoga momentum kemenangan ini dapat diterjemah sekali lagi semasa bertemu Perak.


April 03, 2011

Component Design Using Pro Engineer (Pro E)







KELANTAN Menang Tipis 2-1

KELANTAN 2
Solehin Kanasian Abdullah (m-11)
S Chanturu (m-24)

HARIMAU MUDA ‘A’ 1
Mohd Irfan Fazail (m-44)

KOTA BHARU – Pendahulu liga, Kelantan dipaksa bekerja keras sepanjang babak kedua perlawanan sebelum mencatatkan kemenangan tipis 2- 1 ke atas Harimau Muda ‘A’ dalam aksi perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.

Dalam aksi tunggal perlawanan Liga Super yang berlangsung malam tadi, skuad bimbingan Ong Kim Swee sememangnya membuktikan kewajaran mereka untuk bergelar ‘pasukan kebangsaan’ apabila memberi tentangan sengit kepada The Red Warriors sepanjang tempoh 90 minit perlawanan berlangsung.

Ancaman merbahaya pasukan Harimau Muda hadir seawal minit pertama perlawanan menerusi rembatan jarak dekat pemain tengah, A Thamil Arasu yang terus ke dakapan Khairul Fahmi Che Mat.

Enam minit kemudian, pasukan Harimau Muda terus memberi tekanan kepada Kelantan apabila mempunyai dua peluang terbaik menerusi percubaan Mohd Irfan Fazail yang diselamatkan Khairul Fahmi sementara rembatannya pada jarak 35 meter dua minit selepas itu sekali lagi dipatahkan Khairul Fahmi.

Namun, disebalik serangan menggila pasukan Harimau Muda, Kelantan hanya memerlukan satu serangan balas pantas untuk memperolehi gol pertama. Pada m-11, hantaran silang Zairul Fitree Ishak dari tengah padang ditampan kemas Solehin Kanasian Abdullah yang membawa masuk bola ke dalam kotak penalti dan rembatannya tertampan pemain pertahanan, Mohd Affize Faizal Mamat sebelum bola bergolek masuk ke dalam gawang gol.

Seminit kemudian, Mohd Nurul Azwan Roya hampir menambah gol untuk Kelantan namun rembatan kencangnya dari jarak 30 meter singgah dipalang pintu gol pasukan pelawat.

Tidak mudah berputus asa, Harimau Muda kembali menggandakan asakan dan hasilnya pada m-13, penyerang muda yang sedang meningkat naik, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria turut melakukan percubaan namun rembatannya mudah dibaca oleh Khairul Fahmi.

Pada m-24, kesilapan pemain pertahanan Harimau Muda, Mohd Amer Saidin yang gagal menampan kemas bola dihukum menerusi rembatan kencang S Chanturu yang menewaskan Muhammad Zamir Selamat untuk menghasilkan gol kedua Kelantan.

Minit-minit akhir babak pertama, Harimau Muda berjaya merapatkan jurang apabila memperolehi gol tunggal mereka dalam perlawanan malam tadi. Kesilapan Zairul Fitree yang lambat mengeluarkan bola pantas disambar Mohd Irfan menerusi sepakan kencangnya yang tepat menerjah jaring sebelah kanan pintu gol Kelantan.

Percaturan taktikal jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu yang mengeluarkan pemain sayap, Mohd Nurul Azwan dan memasukkan Mohamad Ab Aziz Ismail pada pertengahan babak kedua hampir memakan diri apabila jentera tengah dilihat gagal berfungsi dengan baik setelah kehilangan khidmat Kapten, Muhd Badhri Radzi sebelum itu.

Pada m-64, penyerang Harimau Muda, Mohamad Fandi Othman mensia-siakan peluang terbaik apabila rembatan leretnya sekadar melintasi pintu gol Kelantan biarpun Khairul Fahmi sudahpun tertewas daripada kedudukannya.

Lapan minit kemudian, Mohamad Fandi sekali lagi gagal memanfaatkan peluang terhidang apabila tidak berupaya menolak masuk rembatan leret Mahalli Jasuli didepan pintu gol Kelantan.

Sementara itu, Kelantan yang kian tenggelam dalam asakan berterusan pasukan pelawat turut mempunyai peluang menerusi sepakan percuma Zairul Fitree pada m-75 yang menyaksikan Muhammad Zamir terpaksa menumbuk keluar bola daripada pintu golnya.

Pemain yang terkenal dengan jolokan ‘Kelantan Express’, S Chanturu seharusnya menyalahkan diri sendiri apabila gagal menjarakkan kedudukan The Red Warriors apabila mensia-siakan dua peluang terbaik yang dimilikinya.

Larian solonya pada m-82 berakhir dengan kekecewaan apabila rembatannya mudah dibaca Muhammad Zamir biarpun hanya berhadapan dengan penjaga gol Harimau Muda itu.

Sementara pada m-85, Chanturu sekali lagi menghampakan penyokong setia Kelantan apabila gagal menyepak tepat ke pintu gol setelah menerima umpanan cantik daripada Norshahrul Idlan Talaha.

Malah, penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan turut mempersiakan satu-satunya peluang terbaik yang dimiliki dalam perlawanan malam tadi apabila rembatannya sedikit melewati palang gol Harimau Muda pada m-89 perlawanan.

Penghujung perlawanan sememangnya menjadi milik pasukan pelawat namun rembatan pemain gantian, Wan Zack Haikal Wan Noor sedikit melewati palang sementara percubaan Mohamad Fandi pula menyaksikan hanya sedikit tersasar di sebelah kiri pintu gol Kelantan.

Kesebelasan utama pemain :

KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, S Subramaniam, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Mohd Farisham Ismail, Zairul Fitree Ishak, Mohd Nurul Azwan Roya (Mohamad Ab Aziz Ismail), Muhd Badhri Radzi (KP) (Khairan Eruan Razali), Solehin Kanasian Abdullah, Mohd Shakir Shaari, S Chanturu (Mohd Nizab Ayub) dan Norshahrul Idlan Talaha.

FORMASI : 4-4-2

HARIMAU MUDA ‘A’: Muhammad Zamir Selamat, Mahalli Jasuli, Mohamad Fadhli Shas, Mohammad Amer Saidin, Mohd Affize Faizal Mamat, K Gurusamy Govandar (KP), A Thamil Arasu (Syahrul Azwari Ibrahim), Mohamad Fandi Othman, Muhammad Syahid Zaidon (Izzaq Faris Ramlan), Mohd Irfan Fazail dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (Wan Zack Haikal Wan Noor).

FORMASI : 4-4-2

STATISTIK PERLAWANAN

Percubaan tepat : Kelantan (3) Harimau Muda ‘A’ (9)
Percubaan tersasar : Kelantan (3) Harimau Muda ‘A’ (7)
Sepakan sudut : Kelantan (4) Harimau Muda ‘A’ (6)
Sepakan percuma : Kelantan (9) Harimau Muda ‘A’ (16)
Offsaid : Kelantan (3) Harimau Muda ‘A’ (1)
Kekasaran : Kelantan (13) Harimau Muda ‘A’ (8)
Kad kuning : Kelantan ( Zairul Fitree Ishak) Harimau Muda ‘A’ (Mohd Irfan Fazail)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Tiga minit
Penguasaan bola : Kelantan (52%) Harimau Muda ‘A’ (48%)

PEGAWAI PERLAWANAN

Pengadil : Abu Bakar Mohd Noor
Penolong Pengadil 1: M Sivanesan
Penolong Pengadil 2: Mohd Abdul Suki Said
Pegawai Keempat : Mohd Rahimi Md Nor
Komissioner Perlawanan : Othman Omar
General Kordinator : Arif Hassan

Mac 30, 2011

KELANTAN Ada Ramuan Terajui Liga Super

SAINGAN Liga Super bersambung, Jumaat ini dengan pendahulu, Kelantan akan cuba mempertahankan kedudukannya yang hanya dibezakan dengan jaringan gol apabila melayan kunjungan Harimau Muda A di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV.

Kemenangan ke atas skuad kendalian Ong Kim Swee akan memastikan Kelantan terus menghuni tangga teratas liga selepas lapan perlawanan, tetapi dua pesaing rapatnya, FELDA United dan Selangor yang mengumpul 14 mata, berpeluang memintas sekiranya berpesta gol, hari berikut.

FELDA berdepan lawan yang belum pernah tewas - Perak - di Stadium Ipoh pada Sabtu, manakala Selangor bakal menguji salah satu daripada tiga pasukan Pantai Timur yang mara ke separuh akhir - Pahang - di Stadium Shah Alam.

Ketiga-tiga perlawanan ini sebagai peluang untuk kelompok tiga pasukan teratas menjarakkan diri, manakala Perak yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah, dihidangkan peluang terbaik memintas FELDA sekali gus merapatkan diri dengan pendahulu liga.

Bagi Negeri Sembilan, pertemuan dengan Terengganu di laman sendiri esok adalah ujian pertama buat pengendali, Mohd Azraai Khor Abdullah yang baru dilantik menggantikan Wan Jamak Wan Hassan yang meletak jawatan minggu lalu.

Senarai penjaring, penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha menguasai Liga Super dengan ledakan berbisanya tujuh gol. Dua penjaring prolifik Terengganu, Abdul Hadi Yahya dan Mohd Ashaari Samsuddin di tangga kedua meledak empat gol.

Mac 29, 2011

KELANTAN Medan Pamer Kekuatan

Jika dulu pasukan atau penyokong lawan seperti Selangor, Pahang, Kedah, Terengganu, T-Team dan pasukanb_250_200_16777215_0_http___a1.sphotos.ak.fbcdn.net_hphotos-ak-snc6_185814_197555633607915_100000604398212_650397_4580354_n.jpg lain tidak mengambil serius perlawanan menentang Kelantan tetapi sejak dua tahun kebelakangan ini pertemuan menentang Kelantan cukup beri perhatian oleh pasukan dan penyokong lawan.

Oleh itu tidak hairanlah jika kemenangan Pahang menewaskan Kelantan 2-0 pada saingan liga Super lalu kini menjadi kebanggaan penyokong Pahang untuk menyaksikan dan memeriahkan perlawanan yang melibatkan Pahang. Perkara ini di akui sendiri oleh Setiausaha Kelab Penyokong TokGajah.com, Aiman Ahmad Dahalan di dalam KOSMO 29 Mac 2011, kemenangan ini bagai memberi suntikan semangat kepada penyokongnya kembali memeriahkan bolasepak Pahang.

Begitu juga dengan perlawanan Kelantan menentang Selangor yang sering menjadi tarikan ramai penyokong mereka ke stadium berbanding pertembungan dengan pasukan lain. Malah turut dibuktikan oleh penyokong T-Team sebuah kelab yang berkongsi penyokong dengan pasukan negeri menyaksikan kehadiran ramai penyokong mereka ketika perlawanan pertama Piala FA lalu. Penambahan kehadiran penyokong berlipat ganda turut berlaku di Alor Star ketika pertarungan Kedah menentang Kelantan dan ianya satu fenomena berbeza jika perlawanan Kedah menentang pasukan lain.

b_250_200_16777215_0_http___a6.sphotos.ak.fbcdn.net_hphotos-ak-snc6_189810_119721778103879_100001981728207_145423_7793014_n.jpgBagi penyokong Kelantan pula, situasi ini di sambut baik oleh mereka kerana tiada lagi masyarakat memandang pelik hanya penyokong Kelantan sahaja yang fanatik dan gilakan bolasepak Malaysia sedangkan masyarakat negeri lain tidak merasai kehangatan liga Malaysia. Apa yang di rasai masyarakat negeri lain berkaitan kehangatan liga eropah, kini sudah mula menjengah kemeriahan liga Malaysia pula. Meskipun terbukti penyokong Kelantan sentiasa tidak lupa menghangat bolasepak Malaysia dan luar negara, sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan bagi setiap kali perlawanan Kelantan, mereka akan berpusu-pusu ke kedai makan atau restoran atau pulang ke rumah untuk menyaksikan perlawanan liga perdana inggeris atau perlawanan antarabangsa lain.

Bolasepak adalah jiwa mereka, biar tidak pandai menyepak bola asalkan mereka hebat berbicara pasal bolasepak, jiwa inilah telah melahirkan bakat-bakat baru yang berwibawa di pentas bolasepak Malaysia sekarang. Boleh di katakan seluruh pasukan di Malaysia ada diwakili anak-anak Kelantan. Bagi peminat bolasepak Kelantan, apabila dapat berbicara berkaitan bolasepak dengan baik seolah-olah dirasakan bagai memakai pakaian berjenama tersohor dunia dan orang sedang memerhatikan dirinya.

Sementara itu, Datuk M Karathu ketika pertama kali ke Kelantan januari lalu dan disoal oleh wartawan kenapa dia memilih Kelantan, Datuk M Karathu b_250_200_16777215_0_http___a8.sphotos.ak.fbcdn.net_hphotos-ak-snc6_190607_209193335759332_100000060025485_833307_5878709_n.jpgmenjawab dengan nada ringkas, "Kemeriahan bolasepak di Kelantan seperti kemeriahan bolasepak di Brazil". Begitu juga dengan luahan jurulatih anak kelahiran Irfan Bakti yang telah dua musim melatih Terengganu berpendapat " kemeriahan penyokong dan bolasepak Kelantan seperti di eropah dan liga EPL".

Tidak mustahil dan ianya bakal berlaku di Kelantan stadium dan pasukan bolasepak akan menjadi ikon pelancongan bagi pelancong dari luar Kelantan mahupun luar negara, sepertimana berlaku bagi pasukan-pasukan besar di England. Pelancong akan merasa tidak lengkap tanpa berkunjung ke stadium atau muzium sejarah bolasepak Kelantan.

Kini gelagat dan kemeriahan penyokong Kelantan di cemburui dan menjadi ikutan penyokong pasukan lain, namun insiden-insiden buruk lampau tetap menjadi sebutan masyarakat Malaysia. Kegemilangan bolasepak pada hari ini diharap menjadikan para penyokong Kelantan lebih berhati-hati dalam tindakan mereka dan sekaligus dapat menutup segala kontroversi lalu dengan kehebatan serta azam baru penyokong Kelantan melalui kebaikan.

b_250_200_16777215_0_http___a6.sphotos.ak.fbcdn.net_hphotos-ak-snc6_199752_197105076978838_100000380416284_556532_7225847_n.jpg

Syukur juga tanggapan seorang jurulatih yang kini sudah meletakkan jawatannya berpendapat " jika ingin menewaskan Kelantan dan penyokong Kelantan, pasukan lawan harus merosakkan emosi pemain dan penyokong Kelantan dengan api kemarahan kerana dengan perasaan ini sahaja mampu merobek semangat penyokong Kelantan." namun tanggapan sebegini tidak bererti lagi kepada pemain-pemain sekarang yang rata-rata memiliki tahap kesabaran paling tinggi dan begitu juga dengan kemarahan penyokong yang akan hilang dengan hanya balingan plastik air batu sahaja. Ianya sudah menjadi satu era baru tahap kesabaran penyokong Kelantan.

Insiden penyokong pasukan lain suka mencetus provokasi kepada penyokong Kelantan tidak lagi dilayan oleh penyokong Kelantan. Maklumlah kamera media mahupun FAM hanya difokus mengkandid gelagat atau keburukan penyokong Kelantan sahaja. Hanya kita sahaja yang mampu mengubah tanggapan semua pihak dengan menghormati segala larangan yang ditetapkan pihak stadium. Tiada guna kita terpekik terlolong memarahi masyarakat lain tentang perangai penyokong kita sedangkan perkara ini masih terbukti berlaku di setiap stadium yang di takluki kita. Yakinlah kita semua mampu mengubahnya. Peduli apa orang kata, yang penting kita sudah mengubahnya.

Semoga sebuah kejayaan yang dimiliki ini terus kekal abadi bersama roh-roh yang telah disemadikan di bumi Kelantan dan akan menjadi pemangkin ke arah kejayaan generasi lain pada setiap masa. Semoga dipermudahkan segala urusan memiliki stadium baru oleh-NYA yang maha esa. Gomo Kelate Gomo.

credit to www.theredwarriors.com